Jul 18, 2021 10:30AM, melalui platform Zoom, satu sesi libat urus kanvas VSN2030; Sukan Prestasi Tinggi telah diadakan. Bagi memeta hala tuju pembangunan sukan negara yang baharu pelbagai usaha akan dilaksanakan di setiap negeri untuk mengumpul aspirasi dan harapan rakyat Malaysia agar dapat direalisasikan secara bersama. Fasa pertama telah diadakan dari 25 hingga 29 April 2021 di zon selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Memandangkan negara sedang dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1, maka sesi ini akan diteruskan juga tetapi menerusi kaedah secara atas talian agar keselamatan peserta lebih terjamin.
Untuk makluman Kementerian Belia dan Sukan sedang menyediakan dokumen Visi Sukan Negara 2030 yang menggariskan perancangan pembangunan sukan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang secara lebih komprehensif, bersepadu dan kolektif. Sejajar dengan itu, Majlis Sukan Negara Malaysia akan menerajui elemen Sukan Prestasi Tinggi yang akan mendokong kepada pelaksanaan Visi Sukan Negara 2030.
No comments:
Post a Comment