Maklumat kejohanan

Maklumat Kejohanan

  1. 2022 09 09-11 Singapore Archery Open 2022


Kejohanan dianjurkan

  1. 2022 06 03-05 Kejohanan Memanah Kebangsaan B12&15 - Jengka


Pahang Archery Remote Scoring Challenge 2020

27 Disember 2020 : Seramai 111 pemanah daripada hampir keseluruhan daerah di Negeri Pahang telah menyertai ‘Pahang Archery Remote Scoring Challenge 2020’ anjuran Persatuan Memanah Negeri Pahang (PMNP). 

Kejohanan ini hanya terbuka untuk pemanah di seluruh negeri Pahang sahaja. Menurut Setiausaha PMNP, Encik Mukhriz Mohamed,  “tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mengumpul seramai mungkin pemanah di negeri Pahang dan melakukan aktiviti memanah bersama seterusnya menyertai kejohanan di bawah satu bumbung”.

“Sebenarnya, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), yang telah merintis kejohanan seumpama ini pada 7 November 2020. Ia telah menarik minat luar biasa penggiat sukan memanah di seluruh negeri Pahang dan atas sambutan ini, kami di negeri Pahang meneruskan momentum yang baik ini bagi terus menarik minat dan mencari bakat-bakat baharu untuk mewakili negeri Pahang ke kejohanan-kejohanan utama terutamanya Sukan Malaysia (SUKMA)”.

Tambah Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad, Presiden PMNP, yang juga merupakan pensyarah kanan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang, “Kejohanan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengubat kesuraman tahun 2020 di mana kesemua kejohanan peringkat kebangsaan dan terbuka terpaksa ditangguh atau dibatalkan dan juga warga memanah Pahang perlu berhadapan dengan norma baharu serta terus berjuang dan berkerja lebih gigih untuk mencungkil bakat-bakat baharu pada kadar kepatuhan SOP yang paling tinggi”.

Jarak indoor iaitu 18 meter telah dipilih kerana ia boleh dijalankan di kawasan latihan masing – masing di setiap daerah atau di mana-mana premis aktiviti yang dijalankan. Sebelum kejohanan diadakan tahap keselamatan telah dipastikan dalam keadaan selamat dan tidak membahayakan orang awam atau masyarakat sekeliling.

Terdapat 8 kategori diadakan. Bagi Kategori Recurve Terbuka, acara Lelaki dimenangi oleh Aqil Aiman (Kuantan) dan acara wanita oleh Amani Muhammad Khairol Azuan (Bentong). Manakala bagi kategori Recurve Bawah 12 tahun Lelaki dan Wanita pula Hariz Qusairy (Kuantan) dan Melati Sofiya (Kuantan). Arif Aiman Azian (Kuantan) dan Maizatul Amiera (Kuantan) pula mengunggulil Kategori Compound Terbuka Lelaki dan Wanita. Acara yang semakin meningkat populariti dikalangan pemanah-pemanah di negeri Pahang adalah kategori Barebow Terbuka dimana Mohd Pakhrurazi (Kuantan) dan Zuraini Asnan (Pekan) telah muncul johan bagi acara Lelaki dan Wanita.

Link berkaitan dari daerah-daerah yang bertanding :


AMK - https://www.facebook.com/akademimemanahkuantan/posts/pahang-archery-remote-scoring-challengemenjadi-penutup-sesi-kelas-memanah-bagi-t/770945696830220/

Pahang Barebow Archers - https://www.facebook.com/watch/live/?v=219913612994918&ref=watch_permalink

Eastern Shadow Archery Pro-Shop - https://www.picuki.com/location/eastern-shadow-archery-proshop/1027314345

Ianseo - https://www.ianseo.net/TourData/2020/7902/Barebow.pdf?time=2020-12-27+13%3A19%3A49


No comments:

Post a Comment