Kita semarakkan persaingan sihat. Kita teruskan saling bekerjasama. Kita documentkan 'best practice'. Kita lenyapkan persengketaan. Kita zahirkan Ukwah. Memanah Pahang ditunjangi oleh Sukarelawan. ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI!
- Home
- Mengenai kami
- Halatuju
- Kursus
- Mesyuarat
- Aktiviti
- Keratan media
- Hakim
- Pemanah
- Carta organisasi
- Senarai Penggerak Daerah
- Rakan Kedai Persatuan
- Jabatan Angkat
- Maklumat kejohanan
- Senarai Persatuan, Akademi & Kelab
- Ranking Pemanah
- Khutub Khanah
- Maklumat kejohanan
- Video
- Pusat Latihan
- SOP
- Diary Persatuan
- Kalender NAAM
- Kalender PMNP
- PINGAT
Sunday, March 26, 2023
Saturday, March 25, 2023
Wednesday, March 22, 2023
Saturday, March 18, 2023
Rakaman RTM di Pusat Latihan Negeri UiTM Pahang
Sesi penggambaran bersama Rektor UiTM Cawangan Pahang, Ybhg. Prof Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, Presiden Memanah Negeri Pahang (PMNP), Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad, Timbalan Presiden PMNP, Ir Kamarul Hisyam Kamaruzzaman, Jurulatih Pusat Latihan Negeri UiTM Pahang (PLN UiTMCPh), Muhammad Aman Mohammad Zahir dan pemanah-pemanah UiTM, Negeri Pahang dan PLN UiTMCPh telah diadakan pada 18 Mac 2023 bertempat di PLN UiTMCPh, Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.
Prestigious Power Sdn Bhd menjalani kerja penggambaran ini bagi pihak RTM untuk rancangan television bertajuk Jurnal Sukan yang bakal disiarkan pada penghujung tahun ini. PLN UiTMCPh telah terpilih kerana kejayaan-kejayaannya mengadakan kerjasama bersama Majlis Sukan Negeri Pahang, melahirkan pemanah-pemanah peringkat negeri dan negara yang telah memenangi pingat-pingat di Sukan Malaysia, Asean University Games, MASUM, SUKIPT, World University Championship, Sukan SEA, Asian Grand Prix, Test Match Commonwealth Games dan kemuncaknya World Cup.
PLN UiTMCPh ini bermula dengan Kelab Memanah UiTM Pahang pada 13 Jun 2006. Ianya telah ditubuhkan oleh Dr Mohamad Azmi bersama 24 orang pelajar UiTMCPh. Setakat ini PLN UiTMCPh telah memenangi 1030 pingat di pelbagai Kejohanan dan lebih 50 anugerah dan pengiktirafan. Antara pengiktirafan yang menarik ialah Kejohanan sepanjang malam dengan kerjasama Majlis Sukan Kelantan yang telah tersenarai di dalam The Malaysia Book of Records.
Krew Pengambaran merakam sesi latihan pemanah pelapis, pemanah UiTM dan pemanah dalam kalangan staf yang dikawal selia oleh Coach Aman Zahir. Selepas itu, sesi temubual diadakan. Rakaman yang mengambil masa 6 Jam itu telah berjalan lancar dan sedikit sebanyak ianya adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada PLN UiTMCPh ini yang telah memasuki usia 17 tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
OUR CHAMPION Safi Qurratu Aini Binti Saifol Anuar (Safi/Opie) What I See In a Mirror? I see POWER ! I see a FIGHTER who STAND STRONG , CON...
-
Warga memanah Negeri Pahang mengucapkan Tahniah kepada Ikmal Dzariff Azizi dan Pasukan Memanah Lelaki U15 yang disertai oleh IKMAL DZARIFF A...